Wednesday, March 24, 2010

Presiden PERKASA akan letak Jawatan.

Akibat serangan bertalu-talu dalam isu pembabitan Ibrahim Judi dalam syarikat air-cond milik tauke judi terkemuka menyebabkan beliau sedang memikirkan untuk melepaskan jawatan itu.

Beberapa nama yang telah dicadang oleh orang-orang yang rapat dengan pimpinan PERKASA akan memaklumkan perkara itu dalam masa terdekat.

Ini memandangkan ahli-ahli PERKASA yang hampir 99 peratus adalah ahli UMNO yang kecewa dengan Pimpinan UMNO telah mula menunjukkan tanda was-was , syak wasangka , curiga , malu dan terhina dengan pededahan terkini ini akan memikirkan semula kedudukan Ibrahim Ali dan jawatan yang disandangnya.


"Ini satu perkara yang memalukan perjuangan PERKASA , kita minta tukar Presiden"
luah seorang veteran UMNO mengulas perkara ini.

"Ibrahim patut malu dengan hakikat ini , elok dia bertaubat kalau betul dia terlibat"

"Perjuangan PERKASA ini takde silapnya , yang silapnya Presiden PERKASA yang menipu kita"

"Kita sebenarnya tahu pembabitan Ibrahim dalam syarikat ini , cuma kami terkilan dia menggadai perjuangannya demi bersekongkol dengan tauke judi"

No comments:

Post a Comment