Sunday, March 7, 2010

Mengapa pelakon porno Soi Lek mengkhianati Tee Keat?

Pelakon porno Soi Lek ini seorang yang cukup licik.Dari zaman dia menjadi Menteri lagi aku suka mendekatinya untuk mendapatkan kenyataan (ketika itu) dan aku tahu rata-rata rakan wartawan akhbar melayu meminatinya kerana kefasihannya dalam bahasa melayu.

Tapi sinarnya mula malap setelah rakaman CCTV nya yang boleh membuatkan apek atau ah so berfikir dua kali untuk terus menyokong MCA.Pelakon porno Soi Lek ini sebenarnya antara pemimpin MCA yang di'favour' oleh pemimpin UMNO. Dan memang menjadi kebiasaan , UMNO suka menyimpan orang-orang bermasalah kerana hanya dengan cara ini sahaja UMNO akan terus mendominasi parti komponen BN.

Pelakon Porno Soi Lek cukup berbeza dengan Raja Kotak Oren Tee Keat yang cukup lantang membuka pekung PKFZ setelah diasak oleh Kit Siang.Tee Keat senantiasa tersilap dalam membuat keputusan.Pelakon porno Soi Lek sentiasa akan menimbulkan masalah kepadanya hinggalah yang terkini Pelakon Porno Soi Lek meletak jawatan bersama 7 lagi jawatankuasa pusat.

Tee Keat Raja Kotak Oren akan mendapat bahana satu demi satu kerana 'dosanya' kepada pemimpin UMNO dengan membongkar PKFZ kepada umum.Bagi pemimpin UMNO , Tee Keat Raja Kotak Oren adalah 'problem' dan pelakon porno Soi Lek adalah 'the perfect guy' untuk menjadi Presiden.Bukan ke gila catur politik yang begini ?

Tapi inilah realiti politik BN yang akan terkubur tidak lebih dari 30 bulan lagi.Maka Tiong Lai dan Ka Siong yang telah mendapat gula-gula dari Najib telah menemu Pelakon Porno Soi Lek untuk membuat 'chai' bagi menentukan kedudukan mereka dalam MCA.

Pelakon Porno Soi Lek akan menjadi Presiden dan Tiong Lai akan menjadi No 2.Ini adalah satu 'chai' konfem yang akan menentukan nasib Raja Kotak Oren untuk ditamatkan karier politiknya dalam MCA dan BN.

Tee Keat akan di 'bulldoze' oleh paksi Pelakon Porno Soi Lek dan Tiong Lai.Dia memang habis dalam MCA.

Tetapi tawaran Jui Meng yang senantiasa tidak akan lupa kawan lama akan sentiasa menjadi kad terakhir Tee Keat yang akan dipegangnya dan diguna di saat-saat akhir.Apa dia tawaran itu ?

Kerusi Parlimen Pandan akan terus diduduki oleh Tee Keat dan akan mendapat sokongan penuh pimpinan cuma bukan di bawah banner BN tetapi Pakatan Rakyat.

sumber dari MB Warrior TawanMalaysia.com

No comments:

Post a Comment