Saturday, January 30, 2010

Muhyiddin akan melawan presiden UMNO pemilihan akan datang?



Semua orang tahu yang Muhyiddin marah Pak Lah sebab akur dengan Tun untuk ambil Najib sebagai TPM pada 2004.Muhyiddin tahu yang jauh di sudut hati Pak Lah dia memang nakkan beliau.tapi kerana pengaruh Tun masih kuat Pak Lah akur.Kini 2010 , Muhyiddin sudahpun menjadi TPM.tetapi di bawah telunjuk seorang anak elit yang ingin memodenkan Malaysia mengikut acuan bangsawan.Muhyiddin sedar perkara itu.Muhyiddin tahu yang dia tidak boleh terus ikut cakap seseorang yang masih junior nak dibandingkan dengannya. Kalau siapa yang tak perasaan , sila renung politik Pemuda sekarang.Akar umbi sudah mula gerakkan untuk Razali Ibrahim memegang tampuk Ketua Pemuda , sebagai anak Johor ; Razali sudahpun bersedia , Exco pada bila-bila masa akan meletak jawatan untuk pemilihan yang baru.

Politik UMNO ni kena baca betul-betul.kalau setakat baca Utusan , memang tak dapat tangkap.Read between the lines.Pemuda dah bergerak.Kini hanya Hishamuddin saja yang menjadi penghalang gerakan untuk menaikkan Muhyiddin ni.aku akan dedahkan lagi , nanti.

Friday, January 29, 2010

si anak Sakom yang menggila.




aku cukup pantang bila aku berborak dekat kedai kopi orang cakap dekat aku yang YBK tu Yayasan Basmi Kemiskinan.Orang-orang itu sama tolol dengan orang cakap SPRM itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.ini bagi aku orang yang tak habis MCE.jadi sebagai ingatan aku nak tekankan balik supaya kita baca politik itu tepat dan tidak serong.

YBK = Yayasan Basmi Kerajaan negeri
SPRM = Sayang Pada Rasuah Murahan

ingat tu betul2.jadi berbalik kepada kisah anak sakom ni.apa gila orang tua ni pegi berarak tak tentu pasal nak buat repot polis dekat kerajaan negri memang susah nak diterima akal kalau kau seorang rakyat.seorang rakyat marhaen akan pikir yang YBK ni nak basmi kemiskinan.tapi rakyat! oh rakyat! kau tengoklah si anak sakom ni bukan main demonstrasi lagi.kau tu dulu tak join demonstrasi 74' ke? cara kau berdiri pun aku tau ko tak penah join demonstrasi.kah kah kah kah.baru la sekarang terhegeh-hegeh.yang paling menarik dalam gambar ni untuk paham adalah si anak sakom ni bukan main seronok berdiri sebelah mamat songkok geng kepala lembu.aku pecah kepala la woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii





anak sakom = geng kepala lembu = umno

orang bangang jek yang susah nak paham apa aku tulis ni.

Thursday, January 28, 2010

kota baru yang berdialog putrajaya yang huru hara.




Ini semua kes pasal dialog agama yang dianjur Tok Guru di Kota Baru.Yang jadi problem bukan di Kota Baru tapi di Putrajaya.Semua inner circle tahu pendirian Mahyuddin pasal dialog agama ni.dia memang tak minat.dan dia tak tahu yang JAKIM ada dapat arahan 1Malaysia untuk adakan perbincangan hari yang sama tok guru berdialog dengan ketua-ketua agama di Kota Baru.KAwan pon berbulu satu badan la.banyak kawan-kawan akar umbi bahagian sebenarnya tak paham.NAk '1Malaysia' ke nak 'KEtuanan Melayu'? Aku pon tak tahu la hala tuju sekarang ni.Presiden bawak 1malaysia , naib presiden bawak ketuanan melayu.orang di bawah tak tentu arah.pemilihan umno akan datang ni mungkin ada pihak yang akan push untuk perobahan.signal dah nampak ketara sejak kebelakangan ni.macam lagu m.nasir tu 'datang tiga naga'............

najib terdesak untuk MIC dan Makkal Sakti bersatu.


esok dengarnya YB Xavier kena pindah lokasi di Batu Caves.ini semua gara-gara ada pihak pihak yang nak 'interframe'.dulu bukan main FRU sembur lagi air dekat geng geng di Batu Cave . chitt poodah.ini semua kerana isu dalaman BN untuk satukan MIC dan Makkal Sakti. yang aku tau dua dua parti komponen ni punya masalah dalaman pon tak selesai selesai.sorang dengan taknak resign , sorang lagi kena undi tak percaya .aku pon tak paham la.dulu masa nak tubuh makkal sakti bukan main berjanji dengan najib.sekarang apa sudah jadi thambi? aku rasa yang terbaik untuk diorang sekarang adalah bubarkan MIC dengan Makkal Sakti ni dan bukak satu persatuan ala ala macam Perkasa Ibrahim Ali , mesti ramai join.kah kah kah kah kah kah.

Wednesday, January 27, 2010

Istiqomah akan pertahankan Najib dan sekutunya.




Aku dengan ini dan sekeras-keras mengutuk perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa ;

1.Najib terlibat dalam kes altantuya.
2.Najib terlibat dalam komisen kapal selam.
3.Najib terlibat dalam kehilangan enjin jet.
4.Najib terlibat dalam rampasan Perak.
5.Najib terlibat dalam kes fitnah anwar.
6.Najib mempunyai kemarahan kecil pada Mahyuddin.
7.Najib cuba menukar CEO GLC-GLC kroni Mahathir.
8.Najib cuba memainkan sentimen agama.
9.Najib cuba menyemarakkan api perkauman.
10.dari nombor 10 hingga ke yang 23,456 isu lagi aku tak larat nak tulis....

itu semua merupakan satu tohmahan yang tak berasas dan wajar dikaji.Pinjam ayat Dato' Seri Najib "kita akan kaji semula".ya kita wajar kaji semula tuduhan itu.